1. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sholat berjemaah itu lebih afdal
(baik) daripada sholat bersendirian dengan 27x derajat” H.R.Bukhari
dan Muslim
2. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang sholat berjemaah
kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian sholat 2 rakaat
(sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang
sempurna” H.R.Tarmizi
3. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang berjalan untuk sholat
fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia
berjalan untuk sholat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan
umrah sunat” H.R.Attabrani
4. Rasulullah s.a.w bersabda : “2 rakaat sholat sunat fajar itu
pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya” H.R. Muslim & Tarmizi
5. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang sholat sunat sebelum
Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”
H.R.Attabrani
6. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya apabila seseorang hamba
berdiri untuk sholat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala
dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah
dosa-dosanya itu” H.R.Attabrani
7. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang tetap mengerjakan sholat
sunat sebelum dan selepas dhuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan
mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi
8. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna
maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga”
H.R.Muslim
9. Rasulullah s.a.w bersabda : “Malaikat akan berdoa untuk kamu
selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan sholat dan selama
kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat “Ya Allah ampunilah dia dan
turunkanlah RahmatMu kepadanya” H.R.Bukhari
10. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang sholat Isyak berjemaah
maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia
mengerjakan sholat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan
bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad
11. Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila kamu rasa ada angin didalam
perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka
janganlah keluar dari sholatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau
tercium baunya” H.R.Muslim
12. Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak takutkah orang yang mengangkat
kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan
kepalanya dengan kepala kaldai” H.R.Sahih Muslim
13. Rasullulah s.a.w bersabda : “Sholat dengan bersiwak (mengosok
gigi) lebih afdal (baik) dari 70x sholat tanpa siwak” H.R.Zanjawaih
& Hakim
14. Rasullulah s.a.w bersabda : “Sholat sunat atau fardhu dengan
memakai serban menyamai 25x sholat yang tidak memakai serban dan sholat
jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban”
H.R.Ibn’Asakir
15. Rasulullah s.a.w bersabda : “Malaikat senantiasa berdoa untuk
kamu selama ia berada ditempat yang ia sholat padanya, selagi ia tidak
berhadas” H.R.Bukhari & Muslim
16. Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila imam bangun dari rukuk serta
membaca doa, maka hendaklah kamu membaca “Allahuma Rabbana
lakalhamdu” kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan
Malaikat, niscaya diampunkan dosanya yang telah lalu” H.R.Bukhari &
Muslim
17. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya Allah memberi rahmat
dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sholat pada shaf
yang pertama” H.R. Ahmad & Abu Daud
18. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang berwuduk padahal ia
masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat” H.R.Abu Dawud
19. Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang meninggalkan sholat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” H.R.Attabrani
Tidak ada komentar:
Posting Komentar